Monday, February 2, 2015

Ramai lelaki berlumba melafazkan akad dengan laju dan lancar.
Tetapi ramai tak tahu bahawa sebaik sahaja lelaki itu melafazkan 'Aku terima..', maka berpindahlah tanggungjawab untuk menjaga si wanita daripada ayahnya. Menjadi tanggungjawab dia untuk menjaga isteri, memberi nafkah dan segala-galanya, selaku seorang suami dan bakal ayah.
Sebab itu aku tak hairan kalau ada lelaki yang gugup atau pengsan masa akad.
Gemuruh itu mungkin tetapi ada juga yang bimbang untuk menerima tanggungjawab baru.

No comments:

Post a Comment