Tuesday, February 24, 2015

"Belajarlah. Belajarlah dengan guru."

Ya habib! Inilah guruku!

"Di mana?"

Buku ini! Aku belajar melaluinya.

"Tidak cukup, habibi. Kamu perlukan seorang guru."

Cukup, ya habib. Buku ini melengkapi semuanya.

"Buku itu objek, habibi. Kandungannya terhad."

Ia memberi penjelasan untuk semua pengisian, ya habib. Lihat!

"Tidak cukup, habibi. Kamu masih perlukan seorang guru. Apakah penulisan mampu menerangkan yang tersurat?"

Apa maksudmu ?

"Maksudku, buku itu ditulis oleh seorang penulis. Apakah kamu yakin segala yang ditulisnya itu benar? Apakah kamu yakin segala yang diterangnya itu benar? Apakah kamu yakin ilmu itu tertakluk pada satu objek sahaja?"

Masakan dia mampu menulis dan menerbitkan buku ini kalau semuanya berbeza!

"Sedangkan kefahaman Imam Syafie dan kefahaman Imam Maliki juga berbeza... Adakah dengan sekadar membaca kitab al-Risalah menjadikan Muhammad ibn Syafie sebagai imam besar?"

.......

"Selepas beliau membaca penulisan Imam Maliki, beliau ingin segera berjumpa Imam Maliki dan mempelajari dan mempelopori ilmu-ilmu Imam Maliki. Kerana beliau tahu, ilmu Imam Maliki tidak terhad pada tinta yang tertekap pada al-Risalah."

Mana mungkin aku boleh bertemu dengan penulis buku ini.

"Allahuakhbar. Rajin-rajinkan diri untuk mencari ceramah pengajian yang dianjurkan di masjid. Semakin banyak majlis agama sekarang, umpama cendawan tumbuh selepas hujan."

Tapi...

"Menuntut ilmu di majlis ilmu, akan malaikat payungi dengan sayap mereka sambil berdoa untuk merahmati kita sehingga majlis selesai."

Tapi, majlis agama sekarang banyak berunsurkan politik! Syiah!

"Yang buruk tinggalkan, yang baik dekatkan."

Ya habib tak takut kita terpengaruh?

"Orang yang berilmu tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Yang mana datang dari Al-Quran dan yang mana datang dari kitab. Pilih gurumu sebagaimana kamu memilih sahabatmu. Ambil ilmunya sehingga dia tiada apa untuk diberikan kepadamu."

.......

"Belajarlah dengan guru. Kamu akan lebih memahami tintanya."

Baiklah.

No comments:

Post a Comment