Thursday, January 1, 2015

Golongan yang ditimpa musibah dan....

Assalammualaikum

Dah lama Tasya tak menulis. So, hari ni Tasya nak share tazkirah Ustaz Fakhrul masa tahlil tadi.

Ustaz ambil masa 5 minit untuk berkongsi pengalaman dia semasa pulang ke Kelantan baru-baru ni. Macam yang kita tahu, negeri-negeri Timur sedang berdepan dengan banjir besar yang agak dahsyat, ala-ala tsunami kecil gitu. Satu sebab ekuinoks bumi-----bulan-----ehgerd, back to our topic!

So, kat sini, Ustaz merumuskan sesuatu berdasarkan pemerhatian dan ilmu yang dia ada.

Terdapat 4 golongan yang kita dapat saksikan semasa ditimpa musibah.

1. Orang yang ditimpa musibah dan dia mengeluh
- ni common la. Kadang-kadang aku pun mengeluh. Bukan apa . . . kadangkala kita jadi terlampau penat dan lemah. Tapi sebab itu orang yang beriman akan berdoa memohon kekuatan daripada Ilahi. Tapi kita ni ? Post kat FB, Twitter. Macam dorang boleh tolong kita pulak. Kadangkala mereka tahu mereka sedang diuji tetapi tanpa sedar, kata-kata mereka seolah-olah mengeluh dan menyalahkan takdir Ilahi. 
"Nak buat macam mana. Allah nak bagi. Redha je laa." Hmm....

2. Orang yang ditimpa musibah dan dia tak rasa apa-apa
- Ni best~ apa yang ustaz cerita sama je la macam yang dikhabarkan dalam berita. Oh well, nama pun musibah jadi mestilah ramai orang yang terdesak untuk cari makanan, alas perut dan sebagainya. Nak dijadikan cerita, adalah jiran ustaz ni, seorang peniaga Cina, dirompak masa banjir melanda. Yang bestnya, perompak tu ambik sekali barangan elektrik. Aku pun taktau kat mana dia nak hidupkan benda tu. Aneh.
Masa ustaz dan jiran tetangga jumpa dia, ini yang dia cakap, "Tidak mengapalah. Mereka lebih memerlukan." SubhanAllah... kadangkala akhlak orang kafir lebih indah daripada akhlak orang Islam. Semoga Allah membuka pintu hidayah untuknya...
Lagi satu, cerita yang dengar melalui Whatsapp dan akhirnya dengar sendiri daripada ustaz. Kenaikan harga barang yang melampau.
Bayangkan, satu liter botol berisi petrol----- tau kan harga petrol berapa seliter ? RM2.60 kan ? Tapi peniaga menjual 1 liter botol berisi petrol dengan harga RM10 !
Roti Gardenia dijual dengan harga RM6 dan ayam dijual dengan harga RM30!

Okay, okay, aku tau korang kena survive. Duit tu penting zaman sekarang dan bekalan pun berkurangan. Tapi tak bermakna naik harga sampai camtu sekali. Sifat ihsan pun dah hanyut sekali eh ?
Jadi, inilah dia contoh orang yang ditimpa musibah tapi dia tak rasa apa pun. Dia tak rasa musibah tu hadir untuk mengajar dia. Dia masih dengan perangai mencuri, merompak seolah-olah dia akan terbias daripada musibah tu! Itulah maksud untuk golongan kedua...

3. Orang yang ditimpa musibah dan dia insaf sebelum kembali kepada perlakuan asal.
- Maksudnya, masa kena musibah, dia kerap solat, kerap berzikir, berselawat . . . tetapi apabila dia dah terlepas daripada musibah, dia terus tinggal solat, lupa zikir . . . (Tang ni pun macam kena dengan batang hidung sendiri)
Ramai je manusia macam ni. Masa abah kemalangan hari tu, lima hari aku menangis, mohon pertolongan Allah dan sebagainya. Bila abah dah stabil, aku mula ambil ringan.... Astagfirullah. Kadang-kadang aku pun taktau perbuatan ni munafik ke fasik. Terasa macam berpura-pura dengan Allah SWT...
Semoga kita semua tetap hatinya dalam agama-Nya.

4. Orang yang ditimpa musibah dan dia terus insaf.
- Golongan ni bagus. Dia insaf dan terus insaf. Dia tahu ujian ni datang daripada Allah dan pasti ada terselit kebaikan atau peringatan di dalamnya.
Ustaz ada cerita. Rumah jiran ustaz ni habis kena hanyut. Dinding, tingkap, pintu, peti sejuk semua habis! Tinggal tapak rumah je! Ustaz yang jenguk jiran ustaz ni dah mengalir air mata mengenangkan nasib yang menimpa jiran dia tetapi jiran dia masih mampu senyum.
"Kenapa ustaz menangis ?" tanya jiran ustaz. "Semuanya yang terjadi ni atas izin Allah. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali."

Masa ni lah ustaz petik ayat 156, Surah al-Baqarah...


2:156

(Yaitu) orang-orang yang apabila menimpa kepada mereka suatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kita ini dari Allah, dan sesungguhnya kepadaNya­lah kita semua akan kembali.

Alhamdulillah, keadaan di Kelantan sudah stabil. Sekarang ni Pahang, Perak dan Terengganu pulak terjejas.

Semoga mereka tabah menghadapi ujian Ilahi. 

Seperti kata abah, lagi perit ujian yang Allah beri, lagi banyakkan ibadah kepada-Nya.

Bak kata sahabat, Allah rindu dengan doa kita :)

No comments:

Post a Comment