Monday, December 22, 2014

Bayangkan kamu meluahkan masalah kamu di hadapan 3000 kawan kamu dan 80% daripada mereka buat tidak dengar.
Lagi 20% ?
Menjadikan masalah kamu sebagai modal untuk sebuah keuntungan.
Dan, berani ke nak luahkan masalah pada 3000 kawan yang belum tentu sahabat kamu ?
....entahlah. Nak tutup mata sekejap dan rehat.

Sunday, December 14, 2014

You just saved a life..

The experience of being depressed, oppressed, bullied and zoned-out should never be neglect. 
It should not to forget and not to remember.
Especially, when you're a survivor. A VICTOR.

You have stories to share about someone who fought alone in society's deception. You have the power to help someone like was-you to take a path of courage. To step out and stay alive. We live once and we die once. Once we're inside the box, we could never make new chances. 

If you have a daughter/son who holding such grieves, as you were, stay with them. Don't tell them to buckle up and face their fear! Tell.them bout your survival and show them how. 
The rest is their decision. Listen and take action or listen but deaf.

One day, you will have someone who look-upon you and take a heed with your support. Before you realize.... You just saved a life.

Saturday, December 13, 2014

Time will never return. What's gone will be gone. Whom stay will stay.
Shed your tears away. As Life and Death meets on bay

Tuesday, December 9, 2014

Tanpa pendidikan, bodohkah kita ?

Education.

Pendidikan.

Sebuah sektor ekonomi yang menjana ilmiah manusia ke arah kemajuan. Sebuah ideologi yang mencetus anjakan paradigma. Sebuah gelombang ilmu yang mempersada hidup manusia.
Satu nama, penentu hidup seorang insan.

Pendidikan.

Dengan adanya pendidikan, manusia boleh mengejar mimpi, menggapai cita-cita dan meneruskan evolusi kejayaan.
Dengan adanya pendidikan, wujudlah pengetahuan tentang kehidupan lampau.
Dengan adanya pendidikan, terjadilah stigma masyarakat 'Tanpa ilmu, ke manalah kita'

'Tanpa ilmu, bodohlah kita'

Bodoh kah ?

Skop bodoh ini sangat luas.
Boleh jadi seseorang itu lebih mengetahui tentang perubatan berbanding kejuruteraan, tetapi kerana dia kurang ilmu tentang fizik, dia juga boleh jadi bodoh.
Boleh jadi seseorang itu belajar hanya untuk lulus peperiksaan. Selepas peperiksaan, selepas memperoleh keputusan cemerlang, apakah dia diiktiraf sebagai pandai ?
Bodoh juga~ jika dibandingkan dengan orang yang belajar kerana minat dan keinginan untuk meraih ilmu.

Apakah kita yakin sehelai kertas yang bercop 'Dean List' @ Senarai Dekan mampu mengubah hidup kita?

Mampu mengiktiraf kepandaian kita ?

Ya. Kerana sistem sekolah mendidik kita sebegini rupa. Hanya kerana dia pelajar cemerlang, dia pelajar senarai dekan, kita terus cop dia sebagai budak pandai.
Walhal, dia hanya pandai menjawab soalan peperiksaan.

Bagaimana dengan bakat ?
Minat ?
Eksplorasi ilmu ?



Adakah semua budak yang menghabiskan masa sebagai pelajar tahfiz tanpa kelulusan SPM atau STAM tidak mampu meneruskan hidup ?

"Buat apa belajar bahasa Arab ni ? Zaman dah berubah beb! Orang guna bahasa Inggeris sekarang. Kau nak kerja apa takde SPM ?"

Lupakah kita ini bumi Allah ? Rezeki itu milik Allah ? Ujian yang menimpa pun datang daripada Allah ?
Selagi kita berusaha, InsyaAllah, rezeki itu datang dengan pelbagai cara.

Adakah semua budak yang berhenti belajar itu bodoh ?

Ya, mereka mungkin bodoh sebab belajar separuh jalan. Tetapi, kalau mereka mempunyai perancangan masa depan yang jelas seperti Steve Jobs, Bill Gates . . . apa salahnya mereka berhenti ?
Mungkin sekarang mereka masih berjuang, mencari erti hidup dengan cara sendiri (YOLO meh~ kita hidup hanya sekali so buatlah satu kelainan dalam hidup~ kalau korang cukup yakin dengan cara korang).
Mungkin jodoh dia lebih awal daripada kita. Rezeki dia untuk beranak dulu. Rezeki dia untuk rasa separuh nikmat iman dahulu.
Rezeki kita kat tempat lain. Rezeki kita merasa jadi CEO. Rezeki kita bawak Lamborghini. Janganlah kita riya' pi cakap kat depa "Tu laaa. Suruh belajar sampai habis taknak. Berenti pastu kahwin pulak."
Sedar tak awak tu single, tak kahwin lagi ? Kawan sebaya awak dah merasa nikmat jadi ayah dan ibu. Mereka bahagia dengan keluarga mereka.
Kita ? Bahagia dengan kekayaan kita.

Aku pun tak paham apa yang aku cakap ni.

Teringat pada seorang sahabat yang banyak menyusahkan aku dulu. Tanpa aku sedari, apa yang dia lalui sebenarnya banyak mengajar aku.

Walau sesusah mana pun hidup kita, tetapi kalau kita berkehendak pada ilmu, InsyaAllah, ia akan pergi kepadamu.

Sesetengah orang takde peluang untuk merasai nikmat pendidikan. Kemiskinan, ketidaksempurnaan anggota badan, kecelaruan minda... antara faktor yang menghalang mereka daripada merasai manisnya ilmu.

Tidak kurang juga orang yang kurang keyakinan diri, sehingga merasakan dia tidak layak membaca buku perubatan, tidak layak mengambil tahu tentang perundangan. SubhanAllah.

Adik, membaca itu tonggak ilmu.
Tak bermakna adik baca buku perubatan, adik akan menjadi doktor. Anggap ia sebagai general knowledge atau ilmu asas, ilmu tambahan...
Manalah tahu ilmu yang suka-suka itu boleh digunakan untuk membantu orang :)

Sebab skop pendidikan ni luas !
Sambil berjalan pergi Sogo pun, adik akan belajar sesuatu jika adik peka pada sesuatu. Contohnya, adik akan belajar bagaimana masyarakat layan pengemis. Dan adik akan fikir adakah cara itu bagus atau buruk. Dan adik akan bertanya pada orang yang lebih arif.
Di situ, adik dah dapat satu ilmu.

Sekalipun adik-adik tidak mempunyai peluang untuk belajar, akak mohon carilah ilmu.
Ilmu semakin senang dicari dalam era globalisasi ni. Radio ada, TV ada, Internet ada, perpustakaan ada.
Cari satu hari dalam seminggu untuk kita habiskan masa di perpustakaan! Baca buku yang adik minat! Ambil pengajaran daripada buku tersebut! Tulis dalam nota! Ikat ilmu tersebut!



Adat Melayu; Ikutlah resmi padi, Makin berisi makin tunduk :)