Tuesday, November 4, 2014

Ikhlas atau riya???

Bismillah...

Hari ini Tasya hendak berkongsi tentang ikhlas.

Okay. Mesti ada antara korang yang pernah mengalami situasi begini.
Korang nampak pengemis. Dari jauh korang dah sediakan duit RM1 untuk diberikan kepada si pengemis. Masa tu takde orang lalu. Dan dan sampai sejengkal daripada pengemis tu, ada orang lalu. Kalau dia lalu sekadar lalu tak apa. Ini siap jeling kat kita lagi! Kemudian korang dalam keadaan berbelah bahagi terus berlalu pergi dari situ. Nak patah balik dah ramai pulak lalu. Nampak sangat perangai undecided untuk kebaikan pulak nanti.

Okay. Ini kisah antara ikhlas dan riya'.

Niat asalnya korang kesian dengan si pengemis tu. Demi Allah, korang nak tolong dia. Tetapi korang takut perbuatan korang tu diperhatikan. Takut jadi riya'. Bila riya', layulah bunga amalan kita....

So kat sini, ustaz dalam rancangan Jalan Orang Mukmin (JOM) menyatakan bahawa Imam al-Ghazali menyuruh kita meneruskan perbuatan yang baik.

Ustaz ambil konsep latihan basikal. Mula-mula memang rasa kekok. Naik je jatuh. Kayuh je jatuh. Lama-lama, kita akan terbiasa dengan semua dugaan tu. Lama-lama kita mampu jadi pro dalam kayuhan basikal.

Sama la jugak dengan situasi di atas...

Mula-mula riya' tu akan menyerang kita. Hello, serangan hati ni kerja syaitan. Bukankah syaitan berjanji akan menyesatkan anak Adam? Sama la macam penulis ni. Bukan nak solat dulu. Sibuk nak menaip. Takut lupa. Pui!

Hati ni memang mudah terjangkit nak nak pulak baru nak melangkah ke arah kebaikan. Apabila kita berazam untuk menjadi baik, syaitan akan mengorak perancangan untuk menghapuskan azam kita.
Masa tu kita rasa goyah, lemah, itu tak kena, ini tak kena. Sebab itu ada yang kecundang. Mereka kekal sebagai orang yang lalai. Tetapi orang yang berpegang pada azamnya akan berkorban sedikit untuk mencari ilmu.

Hello. Nak jadi saintis tapi ilmu takde, sama la macam nak solat tapi taktau solat macam mana lepastu main taram je. Ruku' salah. Duduk antara dua sujud salah. Nak kejar kejayaan bukan senang dik!
Tengok apa yang para syahid, Dato' Sheikh Muszaphar, Dato' Nicol David lalui untuk jadi orang berjaya. Mereka menangis pada permulaan perjuangan mereka tetapi di akhir garisan kejayaan, mereka senyum dengan hasil perjuangan mereka.

Hati kita ni sentiasa berbolak-balik. Ikhlas akan datang dahulu kemudian syaitan hembuskan keinginan mendapatkan perhatian. Tapi takpe. Perbuatan yang baik tu dengan izin Allah dapat pahala so buat la.

Sentiasa buat kebaikan terutamanya bersedekah.

"Tolong konspirasi! Mana boleh!"

Konspirasi tu belakang cerita. Sepatutnya Baitulmal atau Pusat Zakat yang uruskan hal ini. Kalau kena guna khidmat Hisbah then just use it. Kalau diizinkan la, aku teringin sangat nak investigate kadar kemiskinan negara kita. Makin lama makin ramai peminta sedekah dekat masjid jamek.
Bukan nak menghina tapi aku ni kadang2 kesian. Kesian lagi time takde duit. Kene saving. Taknak la susahkan mak ayah.

Entah la.... ada suatu masa benda tu bermain di fikiran kita sampai kita tak tau nak luahkan camna.

Okay. SOlat dulu. Asaalammualaikum

No comments:

Post a Comment