Wednesday, November 5, 2014

Bogel dalam khalayak ramai sebagai hukuman baru!

Assalammualaikum ya ukhti, ya akhi~

Uish~ dah pandai dah kite aplikasikan bahasa arab dalam blog ni XD

Okay. Hari ni last day Tasya kena siapkan jubah Elsa coronation version. Tinggal jahit manik je ni. Ya Allah... payah kemain! Malam tadi tidur lambat semata-mata nak siapkan bulatan bawah ni je.

Sambil menjahit tu, Tasya buka radio IKIM. Masa tengah asyik menjahit tu, ada la berita tentang pencuri motor dibogelkan dalam khalayak ramai. Astagfirullah...

Dua orang DJ radio ni mula berbincang tentang perkara ini. Wajarkah seorang pencuri dihukum sedemikian rupa?
Kemudian mereka berkongsi balasan tweet seorang pendengar yang menyatakan di manakah hak kita sebagai orang awam? Apakah wajar untuk kita berlembut dengan pencuri yang memecah masuk dan membunuh tuan rumah?

Ada yang kata wajar sebab kita tak boleh berlembut dengan pencuri.

Ada yang kata hudud harus dijalankan.

Hudud. Satu isu yang aku menyampah nak cakap. Maaf ye, saya belajar Syariah jadi saya sokong hudud. Saya tak suka orang yang tak tahu pasal hudud tapi berlagak macam tahu.
Kalau sekarang ni pun korang suka suki jalankan hukuman ke atas seorang pencuri tanpa berlandaskan kanun keseksaan, tak mustahil apabila wujudnya sistem hukuman syariah kelak, korang akan potong tangan pencuri sesuka hati, korang rejam penzina sesuka hati, korang sebat pesalah sesuka hati, korang jalankan qisas sesuka hati, SEMUANYA TANPA MENGIKUT SYARAK.

Kalau sekarang ni pun rakyat menghadapi masalah untuk mengikut undang-undang perlembagaan, jangan terkejut kalau perlembagaan syariah gagal dilaksanakan kerana ketidakupayaan individu untuk menjadi individu yang berdisiplin.

"Ni undang-undang kafir! Buat apa ikut barat?!"

Kalau ada sekelumit kebaikan dalam sesuatu perkara, apa salahnya kita ikut? Macam ni la. Saya belajar syariah dan undang-undang Malaysia sebab saya nak tahu apakah ada ruang untuk Syariah menjadi Undang-Undang Perlembagaan seperti zaman Khalifah. Dan apa yang dikatakan oleh Sheikh Hamza Yusuf benar-benar menyengat kebiasan akal saya.

"Apply Syariah into your family institution. If you neglect Syariah in family institution then how will you implement Syariah in society? Fix ourselves before others."

Maksudnya, laksanakan syariah dalam institusi kekeluargaan dahulu. Kalau kita abaikan Syariah dalam institusi kekeluargaan, apakah kita pasti yang kita boleh laksanakan Syariah dalam masyarakat? Perbaiki diri kita dahulu.

Sheikh juga berpesan dengan surah al-Rad ayat 11

13:11

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Jadi, kembali kepada topik asal kita, wajarkah pencuri terbabit dihukum sedemikian rupa? Kata DJ Radio tu, yang buat camtu bukan orang masjid @ AJK Masjid tetapi orang awam @ penduduk kampung sendiri.
Korang bangga ea buat hukuman sendiri?

Kata aku, tak wajar.
Pencuri pun ada maruah kot.... Kalau dia berdendam, mampos korang. Motor yang hendak dicuri tu satu je. Jadi pemilik motor tu je la yang teraniaya. Tiba-tiba korang buat camtu kat dia. Buat dia macam orang takde maruah. Sekarang, dia yang teraniaya!
Tahukah korang bahawa antara golongan yang dimakbulkan doanya ialah doa orang teraniaya??

Ha. Istighar la banyak-banyak.

Mohon la dia berlembut hati untuk tak balas balik perbuatan korang. Again, macam mana nak laksanakan hudud kalau macam ni rupa masyarakat??

Paling tak boleh blah bila ada yang kata pencuri memecah masuk pastu bunuh orang. Awak~ itu kes lain. That's different case...
Ni cubaan mencuri. Dah la motor tak dapat, malu pulak dapat. Gila tak adil.

Kalau curi, rompak bunuh tu, layak la juga kene lanyak. Kau nak curi, curi je la. Rompak je la. Takyah membunuh. Bangang ke? Buat jenayah banyak-banyak pulak. Elok-elok kene penjara seumur hidup, langsung kena hukuman mandatori.

Wajar tak wajar, fikir kesan pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment