Friday, October 17, 2014

Luahan Hati 17/10/2014



Tak sangka sebegini sukar menjadi luarbiasa.
Saban hari aku diduga.
Selalunya aku alpa.
Mudah juga aku lupa.
Antara hati yang merindui seorang pemuda
Dan hati yang ingin bertaut dengan agama
Tanpa bimbingan yang sebenarnya
Kadangkala aku tewas terus terluka

Kata mereka, cari sahabat yang membantu
Mencuci minda kita dari tepu
Merawat hati dari kematu
Wahai ukhti, usrahlah bersamaku
Bersama kita bersatu
Berpisah kita buntu

Andai diizinkan Allah...
Aku ingin bersama dengan lelaki yang selayaknya
Yang apabila mata bertentang mata
seraya hati saling berdoa
Semoga kita kekal bahagia
sehingga ke Syurga...

Aku berazam
Untuk menjadi lebih daripada bidadari
Lebih daripada sekadar isteri
Aku ingin jadi Penghulu Bidadari
Wanita Solehah harus dijalani

Entah kenapa . . . hati ini sentiasa merindui
Sentiasa mengharapkan kau hubungi
Walaupun ku tahu bertentangan dengan hakiki
Walau ku tahu . . . jalinan ini bukannya 'Pasti'

Semoga Allah melindungiku daripada sifat munafik...


No comments:

Post a Comment