Thursday, October 23, 2014

Diam-Diam :P




Maka, cintailah dalam hening,


Agar jika memang bukan dia yang ditakdirkan untukmu,


Maka cukuplah Allah dan kau yang tahu segala rasamu,


Agar kesucianmu tetap terjaga,


Agar keanggunanmu tetap terbias





Ingatkan ku untuk berhenti meluahkan rasa di mukabuku, mahupun blog, mahupun Gepelas. 
Kerana aku bimbang dibayangi dosa silam. Sejarahku diungkit berulang-ulang. Hilanglah yang terpendam.

Mulai sekarang, bersama-samalah kita belajar bercinta dengan Allah :)

Kita suka seseorang, kita tanya Allah apakah pemuda ini bagus... adakah dia baik untuk kita. Kalau baik, dekatkanlah dengan sebuah ikatan. Kalau jahat, jauhkanlah dengan sebuah gantian yang lebih baik.

Sesungguhnya kita hanya mengenali seorang pacar.
Dalam usaha untuk memiliki seseorang atau menawan hati seseorang, mustahil kita menjadi diri kita sendiri. Masa tu kita sibuk menjadi yang terbaik.
Jadi jangan hairanlah kalau sebulan perkahwinan dan anda mula nampak belang suami, gedik isteri.... yang tidak terpamer semasa episod pengenalan...
Tapi tak bermakna anda buat silap. Dalam proses perkenalan, mesti ada yang terbabas dan mesti ada jalan pulang. Sama ada kembali kepada Allah atau teruskanlah hidup dengan cara jahiliyyah.

Aku terlupa suatu perkara.
Dalam jihad aku untuk mencapai cita-cita, aku harus meninggalkan keluarga dan ibubapa juga harus meninggalkan anak-anak mereka. Jadi, aku sentiasa sematkan doa ini untuk mama dan abah.

Alhamdulillahi rabbil-'alamin was salatu was salamu 'ala ashrifil anbiya wal-mursalin nabiyina Muhammad wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in
Ya Allah... ampunilah dosa kedua ibubapaku, Ya Allah...
Panjangkanlah umur ibubapaku, Ya Allah
Murahkanlah rezeki ibubapaku, Ya Allah
Berikanlah kesejahteraan hidup dan kesenangan hidup di dunia dan di akhirat kepada ibubapaku, Ya Allah...
Allahumma maghfirli waliwali dai'a kama rabbayani saghira


Ya Allah.. Lindungilah aku dan keluargaku dari sebarang bala dan malapetaka
Lindungilah aku dan keluargaku daripada fitnah manusia, fitnah dunia dan fitnah Dajjal..
Rabbana la tuzikkulu bana ba' dais hadaitana wa hablana milladunkarrahmah, innaka'antal wahhab...
Rabbana zalamna anfussana wa illamtaghfirlana wa tarhamna lanaku nannaminal khasirin..



Doa ni kita buat khas untuk keluarga kita dan Alhamdulillah, abah dan mama dikurniakan 4 orang bidadari yang bakal menggoncang dunia, InsyaAllah...
Dari dulu lagi aku dah harapkan Allah untuk jaga keluargaku. Aku redha sekiranya kehilangan mereka. Aku terpaksa relakan kalau sudah tibanya masa perpisahan.
Tetapi entah kenapa, sukar untuk aku terima jika rindu ini tidak berikat.
Tetapi Allah itu sebaik-baik Perancang....
Menangislah semahu-mahunya, serahkan hati pada Yang Esa, InsyaAllah, dengan izin Allah, Allah akan jaga kita sebaik-baiknya.

Selagi diri ini mampu menjaga diri sendiri. 
Selagi ada rasa fasik dan munafik, jagalah diri sendiri dulu sebelum jaga anak teruna orang lain~

Salam Jumaat~
Jangan lupa baca doa akhir tahun petang ni! Salam Maal Hijrah~ Salam Ba'da Muharram~


No comments:

Post a Comment