Saturday, October 18, 2014

Bayangkan . . . jika Allah bolak-balikkan hati dia, Allah jadikan dia sebagai ujian . . . terputuslah impian di tengah jalan. . .  apa agaknya yang aku lakukan ?

Sedih? Ya.
Siapa tak sedih kehilangan orang yang kita kasihi? Orang yang kita hargai? Orang yang dalam diam rupanya memiliki semangat yang luarbiasa? Subhanallah . . . aku akui aku bangga menjadi pilihan hatinya tetapi ekonomi dan tanggungjawab lebih diutamakan sebelum melangkah ke fasa seterusnya.

Kecewa? Ya.
Kenapa Allah kenalkan aku dan dia? Kenapa diikat hati kami begini andai kami tidak mungkin bersama??

Telah dinyatakan dalam Surah Al-Baqarah ayat 216

2:216

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Nasihat berguna daripada sahabat. Terima kasih, Bie :)

So, bayangkan andai paluan cinta ini bertepuk sebelah tangan . . .

Kalau selama ini kami bersandar pada ketentuan Ilahi, menyampaikan rindu melalui Ilahi dan menjaga hubungan dengan cara Islam; apakah mustahil untuk kami kecewa sehingga merosakkan jiwa ?

Mungkin. Kalau aku terlupa bahawa Allah itu sebaik-baik perancang.

Mungkin dia lelaki yang baik tetapi boleh jadi di masa hadapan, keadaan boleh berubah. Apakah Nabi Khidir sengaja membunuh anak kecil yang sedang bermain tanpa mengetahui sebabnya? Kerana dia mengetahui latar belakang anak tersebut dan ibubapanya. Sesungguhnya Khidir itu seorang Nabi, utusan Allah SWT maka dia hanya menjalankan tugasan wahyu. Dan Allah itu Maha Mengetahui.

Dan aku juga bukanlah perempuan yang baik. 
Hanya diri ini yang tahu dosa-dosa yang dilakukan, dilupakan dan dikesalkan. Dan orang masih memuji diri ini... MasyaAllah... Lindungilah aibku... Aku sudah bertaubat dan perlahan-lahan menjadi perempuan yang solehah.

Dalam Surah an-Nur dan an-Nisa banyak menceritakan tentang hak-hak wanita dan akhlak laksana rembulan. Lelaki baik untuk perempuan baik. Lelaki jahat untuk perempuan jahat. Semua orang sedia maklum tentang ayat tu.

Ada benanrnya . . . Allah tahu apa yang kita tak tahu. Allah itu sebaik-baik perancang dan kesedaran itu milik si pemikir.

Selamat malam. 

No comments:

Post a Comment