Saturday, October 25, 2014

"Akak, boleh ke sentuh anjing ?"



Bismillah..

"Akak, sebenarnya kita boleh pegang anjing ke tak?"

"Anjing ni haram kalau basah je. Kalau nak pegang takpe an?"

"Akak, apa pendapat kau tentang event ni?"

"Akak rasa patut ke buat event camni walaupun objektif dia ternyata membangun?"

Aku blur sekejap.
Aku baru je tutup FB dan makan 2 bulan juga tak scrolling FB. Kalau tak, mesti ada je isu yang dibahaskan dan takdelah aku krik krik sangat.
Maklum la... deadline assignments bertindih-bertindan. Sangat tak bagus kalau aku gunakan masa terluang untuk scroll FB.

Lepas di-explain oleh budak2 ni, barulah aku faham. Ada event 'I Want to Touch the Dog'. Wow.
Motifnya? Untuk menghilangkan stigma umat Islam terhadap anjing dan menghilangkan rasa takut terhadap anjing.
Okay. Ni hujah akak. Korang setuju, korang tak setuju, aku dah sampaikan hujah ni secara lisan sebelum aku post kat blog.

Pegang anjing ni boleh. Dibenarkan. Hukumnya kita tengok nanti dalam pandangan mazhab.
Nak pegang, peganglah. Tetapi dengan syarat. Dengan sebab.
Pegang apabila perlu sahaja.
Seperti ketika diserang, ketika bekerja (untuk peladang yang menggunakan khidmat anjing jagaan), memburu dan ketika berperang. Apa-apa situasi darurat membenarkan kita memegang anjing.

Objektif program ni memang bagus. Memang tak dinafikan. Tapi caranya salah.
Macam kita belajar buat donat. Dah uli, dah ikut sukatan tapi kalau caranya salah, hasilnya pun salah juga.
Memanglah kita boleh pegang anjing bagai tapi bersyarat. Selain daripada anjing tu dalam keadaan kering, pastikan juga situasi kita bersifat darurat.
Ni tak. Anjing tu duduk diam dengan puppy eyes dan kita pun bagus je usap, belai, garu perut dia bagai. Niat?
Nak hilangkan rasa takut? Nak hilangkan stigma?

Kalau buat suka-suka, haram jadinya.
Awak bukan veterinar. Niat veterinar mengusap dan membelai anjing sebab dia nak merawat. Sebelum merawat kena la pastikan psikologi binatang dalam keadaan stabil.
_________________________________________________________________________

Sekarang kita tengok kata ulama 4 mazhab utama.

Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.

Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :

a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara
keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
rumah, harta benda dan sebagainya.

b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.

Jika dirujuk kepada pandangan Prof Yusuf al-Qaradhawi (Kitab al-Halal wal al-Haram fil Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi SAW bersabda antara lain maksudnya:

Barangsiapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot.

Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.

Mazhab Hanafi membenarkan pengikutnya membela anjing. (Maaf, saya tak jumpa hujah terbaik untuk perkara ini.)

Mazhab Hambali (maaf, saya tak jumpa hujah ni...)

Mazhab Maliki menyatakan bahawa sesungguhnya dicuci tempat yang dijilat anjing adalah masalah yang bersifat ibadah (ta'abbudi), yang hikmahnya hanya Allah yang tahu. Imam Malik berhujah bahawa Allah SWT membolehkan makan dari hasil buruan anjing tanpa memerintahkan kita untuk mencucinya. Hal ini kerana Imam Malik berpendapat bahawa semua yang hidup adalah suci. Zat hidupan adalah suci. Sebagaimana yang Allah SWT firmankan


Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?". Katakanlah: "Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.

Harus diingatkan bahawa saya bukan pelajar fiqh. Saya bukan pelajar pondok, al-Azhar atau sebagainya. Saya bergaul dengan orang-orang yang berfikir dan para pengkaji. Saya memiliki basic Syariah dan Malaysian Law, tu sahaja.
Segala kekhilafan amat dikesali.
_________________________________________________________________________

Dan harus diingatkan bahawa Malaysia memegang Mazhab Syafie. Jadi, hukum memegang anjing secara suka-suka ialah HARAM.

'Mazhab Hanafi takpe je!'

Satu lagi, isu mazhab. Saya dah bentangkan isu ni dalam presentation kelas baru2 ni tapi sebab mereka budak2, level ignorance sangat tinggi jadi saya tak huraikan secara mendalam. *ceh, mendalam sangat*

Pertama sekali korang kene tahu mazhab ni maksudnya fahaman sebuah kumpulan. Apa yang Imam Syafi'e faham, apa yang Imam Hambali faham, apa yang Imam Hanafi faham dan apa yang Imam Maliki faham-------- kefahaman orang berbeza. Mereka ni ulama. Mereka mengkaji dan mengaji. Jadi kita jangan persoalkan kredibiliti mereka. Kenapa fahaman mereka berbeza? Simple. Kerana guru mereka berbeza. Dan keadaan berbeza.

Ada murid yang datang kelas dalam keadaan bersedia. Nota dan pensel di tangan. Soalan tersedia untuk ditanya kepada guru. Siap ulangkaji sebelum masuk kelas. Ada murid yang biasa-biasa dan murid macam kita. Murid cam kita ni ala-ala mangkuk sikit la tapi still masuk kelas so congratz~

Cakap pasal mazhab ni memang tak habis. Rasanya aku selalu juga berbual tentang mazhab dengan kawan2 sealiran dan memang topik ni tak pernah habis! Ada je isu baru dan ada je yang tarik muka.

So I put all of this into one word la. Nak campur mazhab memang tak boleh. Kalau korang belajar fiqh, memang akan bercanggah hadis ni dan hadis tu, sebab tu kefahaman dan ikutan orang berbeza. 
Serupa macam korang nak campurkan adat Melayu dan Punjabi. Okay, campurlah. Tapi caranya dah berbeza kan?
Masa tu la si Melayu kata macam ni. Si Punjabi kata macam ni. Pastu dua-dua tarik muka. Sebab masing-masing nak pertahankan cara asli. Ha comel.

'Chinese-Malay boleh je campur'
Eh campur je la. Sapa kata tak boleh? Aku kata caranya berbeza. Bila cara berbeza, agak-agak kita faham lagi ke konsep asalnya? Mesti la kita akan jadi cam 'Eh, mana ada orang makan gulai dengan chopstick. Tak rasa la kuah gulainya.' Faham tak?
Percampuran budaya la.
Sesetengah orang mana nak campur budaya. Macam tu la jugak mazhab. 

Sebab kedua, imam-imam ni semua berasal dari tempat berlainan. Imam Syafie di Gaza, yang  lainnya di Iraq dan sebagainya so, adat dan budaya berbeza. Kefahaman pun berbeza. Cara penerimaan pun berbeza.
Sebab tu cara mazhab ada sedikit berbeza. Mintak2 la korang faham apa yang aku terangkan. Aku baca gak kitab2 fiqh tapi bukan secara rasmi. Kalau syariah ye, aku belajar dengan guru.
_________________________________________________________________________

Okay, topik asal kita pasal event Saya Nak Sentuh Anjing tu kan?
Rasanya rhetorical questions tu la yang kerap aku dengar kebelakangan ni. Malas pulak aku nak terangkan pasal samak sebab majoriti tahu pasal anjing, babi, samak.... common case.

'So event ni capai ke objektif?'

Capai la. Kan penganjur kata dapat sambutan hebat. Berjaya semua. So tercapai la objektif.

Sorry, tu sarcasm. Aku nak cakap satu je la... Niat tak menghalalkan cara.
Yes, objektif dia bagus. Serius bagus. Aku pun takut anjing gak tapi kalau anjing sergah aku, aku ready je nak tampar balik. 

Oh satu lagi, pernah dengan kisah seorang pelacur yang masuk syurga sebab bagi anjing minum?
Itu niat. Niat dia nak tolong anjing yang kehausan. Walaupun dia pelacur tetapi perbuatan yang disertai dengan niat tanpa sekelumit riya, InsyaAllah, dengan izin Allah, dia akan perolehi kebaikan daripada perbuatannya.

Pernah dengar kisah perempuan yang kuat beribadah tetapi masuk neraka sebab mendera binatang?
Kalau hati kita ada rasa benci, amal kita bercanggah dengan iman kita, hati-hati la. Something wrong with our ibadah. Check balik mana yang salah. Tuntut ilmu sebelum amalkan. Amalkan ilmu yang dituntut. Hina mana pun makhluk Allah tu, dia makhluk Allah. Kau dan dia akan sama-sama diadili di akhirat kelak. 
_________________________________________________________________________________

Actually, in my opinion la~ event I Want to Touch the Dog ni serupa macam I Want to Touch the Boy.

*yes yes yes yes yes yes my love!!*

Ehem! Betul la. Aku tak bohong.
Pastu buat je la objektif 'Untuk hilangkan stigma muslimah terhadap muslimin dan hilangkan ketakutan mereka terhadap lelaki'
HAHA! Jap lagi aku kene tangkap di bawah akta Hasutan XDDD

Dahlah, makin merapu pulak. Maafkan salah dan silap dalam hujah kita. Pasal event I Want to Touch the Boy tu takyah kecoh sangat. Semua orang buat secara trang-tang-tang.
Buat lah event yang berfaedah sikit... Kita kekurangan pemangkin masjid... Imam Muda ramai tapi ramai malas. What to do~?
Memula Touch the Dog. Lepas ni Taste the Wine.
Wow. Ini awesome.

Okay. Maafkan saya atas salah dan silap dalam hujah. Saya terima kritikan yang membina. Bukan kutukan yang membina amarah. Assalammualaikum.


  • http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-3/Tajuk%209.htm
  • http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/2013/April/MaklumbalaspegangAnjing.pdf
  • http://tahfizalfalah.files.wordpress.com/2011/11/halal-wal-haram-al-qaradhawi1.pdf

No comments:

Post a Comment