Tuesday, September 2, 2014

For him~ that stupid jerk whatever bastard I'm so angry with you!!!!

-sighs- 

Bila kita melihat seseorang dan kita ingin menjadi lebih baik daripada dia, lebih hebat daripada dia, lebih bertaqwa daripada dia, sebenarnya dia dah mendapat pahala kerana menjadi inspirasi anjakan paradigma.
Macam tu jugalah aku lihat lelaki itu.
Selalu je nak melebih-lebih. Bengang pun ada gak. Bangga ya networking kamu lagi bagus daripada aku? //baling botol kat dia

Bila aku lihat dia, aku teringat kisah malam tu. Bagaimana hadis tu boleh terpetik dalam ingatan dan bagaimana aku paksa diri untuk menjadi lebih baik. Dulu ya, aku mencintai seorang lelaki kerana keperibadiannya. Aku akui akulah perempuan paling bahagia dulu. Sebab tu Allah ambil dia. Ya aku paham...
Dan Allah gantikan dengan seseorang yang baru. Yang aku rasa tekanan untuk menjadi lebih baik. Dan sekaligus, mendekatkan diri aku dengan Maha Pencipta...

Hal ini kerana aku risau aku mendalami agama semata2 nakkan perhatian dia. Kerana di padang mahsyar kelak, orang yang mendalami ilmu agama kerana riya' dan takbur, kerana mahu perhatian orang ramai, kerana mahu populariti, tiada terdetik pun untuk Ilahi, maka carilah kamu orang2 yang kamu dambakan dahulu.

إِنَّ أَّخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الأَصْغَُرُ، قَالُوْا : وَمَا الشِّرْكُ الأَصْغَرُ؟ قَالَ : الرِّيَاءُ، يَقُوْلُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ لِأَصْحَابِ ذَلكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إذَا جَازَى النَّاسَ : اِذْهَبُوْا إِلَى الَّذِيْنَ كُنْتُمْ تُرَاءُوْنَ فِي الدُّنْيَا، فَانْظُرُوْا هَلْ تَجِدُوْنَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً ؟!

"Sesungguhnya yang paling aku khawatirkan menimpa kalian adalah syirik kecil". Mereka berkata, "Apakah itu syirik kecil?". Nabi berkata, "Riyaa', pada hari kiamat tatkala Allah membalas perbuatan manusia maka Allah berkata kepada orang-orang yang riyaa' : "Pergilah kalian kepada orang-orang yang dahulu di dunia kalian riyaa kepada mereka, maka lihatlah apakah kalian akan mendapatkan balasan amalan (riyaa) kalian di sisi mereka??!" (Hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Albani dalam ash-Shahihah no 951).

Sampai sekarang, aku ingat teguran dia.
Aku simpan semuanya dalam ingatan. Dan aku tahu betapa hebatnya short term memory dia. Ye ye, tu pun aku ingat ==
So, terima kasih banyak2 kepada lelaki tersebut kerana memperkenal satu level baru yang aku tak pernah alami. Ia sekaligus menambahkan ilmu yang semakin ku lupa dan.... menjadi lebih baik daripada semalam?

Pada asalnya, ibadah tahajjud ku mungkin didorong oleh kau, wahai pemuda. Samalah seperti fesyen hijab yang mendorong Rania @ Felixia Yeap untuk mencuba hijab. Akhirnya, dia sendiri ikhlas untuk memeluk agama Islam kerana tertarik dengan keindahan dan kesucian hak muslimah.
Lama selepas tu, aku sedar, bangun malam ku hanya mendatangkan penat. Hafazan al-Kahfi tidak tersemat dalam ingatan. Masa tu aku sedar ada yang perlu aku perbaiki iaitu hubungan aku dengan Allah.
Agar aku tak menjadi munafik. Mengaku mencintai Allah dan Rasulnya padahal lebihnya perasaanku padamu.
Aku tak tahu sama ada aku seorang yang menyimpan perasaan ini. Tapi aku harap, hati kita berada dalam lindungan-Nya. Ukhuwah fillah abadan abada...InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment