Friday, June 6, 2014

Apa Bezanya Jihad Kita?

Pergilah ke mana-mana pun kalau kita pandai bawa diri, kita akan menjadi orang. Bezanya tempat kau mungkin di Mesir dan tempat ku ialah Kuala Lumpur.

Bezanya kau mungkin makan hummus untuk sarapan, aku cuma bersantap nasi lemak. 
Di saat orang lain tersandar kekenyangan dengan halwa dunia, aku masih berjuang semahu-mahunya. 
Di saat kau menyaksikan kekejaman Sisi, aku pula menyaksikan kehidupan yang diendah. Apa bezanya jihad kita? 
Kalau kau punya masa untuk berfikir tentang kezaliman Assad, aku cuba mencari kekuatan membantu gelandangan. Sekali lagi, apa bezanya jihad kita?

No comments:

Post a Comment