Monday, December 2, 2013

Pilihan buruk sebenarnya bagus ? Hah ?

Bismillah . . .

Sihat semua ?
Dah lama saya tak menulis~ bukannya tak menulis cume malas nak edit dan post .
Draft tu penuh dengan bahan ilmiah yang saya berniat untuk share tapi . . . . nama pun ILMIAH kan ?
Haruslah lengkap dalil segala~ baru post .

Arini cam biase la . Terlajak tido . Nak salahkan hangout tak jugak sebab salah saya la enjoy dalam hangout XD
Sesetengah orang cam~ untung la dapat jumpa kawan2 hampir setiap hari . Saya tak boleh . Sentiasa dikongkong tapi takpe~ itu yang bikin gue berbeda :P

Hahahaha XDDDDD

Btw , tadi scroll kat FB jap then terjumpa page Word Porn . Walaupun ada perkataan porn (hentai/lucah) tapi seratus peratus takde segala tu ye.
Bahasa Inggeris ni . . . tak macam bahasa Melayu . Bahasa Melayu lebih klise~ penuh hiperbola tapi Inggeris lagi up !
Cam penuh ngan hidden meaning la~ korang belajar idiom so korang mesti tau apa yang saya maksudkan .

Burning midnight oil = Staying all night for a certain works

Bukannya 'bakar minyak di tengah malam' . Bomba pun nak rehat weih ==;
Macam bahasa Melayu la~ errr menyalakan pelita pada lewat malam , sepanjang malam . Sorta .

Kaykay~ bukan nak cakap pasal bahasa sebenarnye |D
Masa scrolling tadi , terjumpa la satu kata hikmah yang agak menarik~


"Pilihan yang buruk menghasilkan jalan cerita yang menarik"

Ni terjemahan secara terus dan telus . Jadi , nak kata camne ek ? Saya sokong dengan ayat ni ;3

Rivaille pernah cakap;



Saya tak minat Rivaille . Serius tak suka hairstyle dia . Pelik . Lel .
Tapi ayat dia ni betul2 menyengat . Sebab saya pun dalam dilema~ 

Hidup ni banyak pilihan sebenarnya . Dan pada saya , pilihan ni bukan ada 2 je . Kita boleh mencipta pilihan ke 3 .
Cuma yang membezakan kejayaan kita adalah usaha .
Tak kiralah kau letak berapa banyak pilihan dalam hidup kau tapi kau takut nak melangkah , tak ada apa yang berubah .

Itulah dilema saya . Banyak betul 'What if' dalam hidup saya~

Kalaulah saya terus masuk STFKalaulah saya terus masuk TeknikKalaulah saya apply MRSMKalaulah saya takde FBKalaulah saya tak kenal dunia ITKalaulah saya tak tergoda dengan nafsuKalaulah saya terus pergi pondokKalaulah saya belajar rajin-rajinKalaulah saya tetapkan pendirianKalaulah saya ceriaKalaulah saya tak bodohKalaulah saya . . . . Kalaulah saya . . . . Dan di sini , saya dah mensia-siakan waktu yang saya ada dan terus tenggelam dalam kesedihan masa lampau . Bodohkan ?

Tapi setiap perkara ada hikmahnya kan ?

Kalau 'What if' tu , kita sertakan dengan sedikit rasa syukur , mesti hidup kite tak sia-sia :)

Saya tak pergi STF dan saya pergi SMK , di sini saya mengenali pelbagai jenis orang dan melalui pelbagai pengalaman . Adik2 saya tak berpeluang pergi SMK . Sebab ayah saya nampak apa yang ada di SMK dan habiskan banyak duit menghantar adik2 pergi SBP dan sekolah swasta .

Saya tak pergi Teknik dan saya melalui fasa kemasukan form4 yang menarik! Memula saya berniat untuk register Biology Class , since saya minat Kimia , Organ , manusia XDD
Tapi ayah mahu saya teruskan empayar perniagaan dia . Sebagai anak , takpe la , ikut je la . Restu mak ayah tu lebih penting . Murka Allah SWT terletak pada murka ibubapa . Selagi tak bercanggah dengan syarak , saya rasa takde hal ikut cakap mak ayah .
Mase tu , ntah camne name saya termasuk dalam Akaun . Perggghhhhh aku memang tak tahan duduk dalam kelas Math! Dah la satu kelas je , sampai 50 orang pelajar! Nak dijadikan cerita , guru kelas tu seorang guru yang tidak menyukai saya~ taktau la kenapa. Macam biasa , sesi perkenalan atau ice breaking~ semua orang cikgu tu tanya dan sampai kat saya , baru je nak bangun dan cikgu tu teruskan pengajian dia . Wow . Hampir semua orang (Kami satu batch sangat rapat :D ) backup saya . Beritahu cikgu tu yang saya belum perkenalkan diri . Tapi cikgu tu buat derk je .
Saya pun apa lagi . Darah muda kan ? Terus bangun , tunduk hormat dan keluar kelas . 

^Bad choice . But it leads to a good story .

 Sampai kat bawah , saya terus jumpa cikgu yang menguruskan hal Form4 . Mase tu straight away tulis Perdagangan 1 . Budak-budak yang ada kat situ semua terkejut . Budak glem mintak masuk Perdagangan . Lel .
Tak cakap banyak , saya terus amik beg dalam kelas dan terus masuk kelas PD1. Masuk2 tu je , ramai gak kenalan dalam kelas tu . Dorang ingatkan saya datang cari orang . Pastu masing2 terkejut tengok saya letak beg dan bukak buku , cam takde pape je .
Abis kelas tu , dorang pakat datang tanya kenapa ? Why? Doshite? Gila ke masuk PD ?
Ala . Okay what masuk PD ? Kite nak menuntut ilmu bukan nak berlagak . Like totally~
Pastu ada la member ni (sekarang ni dia buat Law Degree di UiTM . Kami sama-sama sambung asasi tapi rezeki dia kat situ . Siap jadi President lagi) nasihatkan yang potensi saya sangat besar dalam kelas Sains . Dia siap tolong lagi bagitau cikgu yang saya layak masuk kelas Sains . Even cikgu2 yang in-charge kelas tu pun terkejut dengan pilihan bodoh saya .
Berkat kesilapan saya , saya nampak potensi diri saya dan pada hari kedua bersama mereka , saya mengucapkan selamat tinggal dan melangkah masuk ke Sains Kejuruteraan . 
Tapi attitude aku hancur dan teruk sangat . Emo memanjang . Gila ke ?

Ni antara contoh yang saya akan ingat sampai bila-bila . Satu contoh apabila kita membuat keputusan secara tergesa-gesa . Satu contoh apabila kita membuat keputusan kerana mengikut nafsu . Satu contoh apabila kita membuat keputusan tanpa berdoa kepada Allah SWT.


#Credit to random 4.bp.blogspot#

Hm~ pilihan . . . .

Saya pun menghadapi masalah sebegini sekarang . Rasa macam total loser je . Kalau mati , mesti mati dalam keadaan sia-sia .
Cuba untuk berubah tetapi saya takut kehilangan semua nikmat yang saya ada sekarang . Jadi saya cuba seimbangkan antara mengaji agama dan ber-otaku .
Tapi~ masakan dunia boleh sama dengan akhirat :)

Apapun yang terjadi , sama-sama la kita memohon doa agar diri kita sentiasa dipancarkan hidayah dan terhindar daripada sifat munafik .
Kebelakangan ni saya risau kalau saya tergolong dalam orang munafik . Sebab tu saya perbanyakkan diam :)

~:Whatever our choice might be , be sure that we can handle it:~

~:Dreams are not enough . You need effort:~

No comments:

Post a Comment