Friday, July 13, 2012

Kesian mama ngan abah . . .  dapat anak bodoh bengap macam ni.

Yelah~ kawan-kawan seperjuangan dapat Psikologi kat UTM , Law kat UKM . . . .tapi aku ?
'Dukacita dimaklumkan bahawa anda GAGAL'
Sial . Takkan la kulinari pun aku tak layak masuk =='

Sengaja aku taknak angkat call yang masuk. Sengaja aku biarkan mesej masuk dan terus delete tanpa dibaca. Sengaja aku tak inform mama ngan abah pasal hari ni. Sengaja.

Bila aku balik dari kerja , mama cakap cousin dapat Psikologi UPSI. Ah lantak la ! Memang kau pandai ! SPM 7A ! Awek pun budak INTEC !
Aku ni ?? SPM 4A je ! English je harap gempak kononnya jadi contoh among Selangor ! Ingat dapat masuk Asasi Law UITM tu aku bahagia ke ??
TERHINA AKU RASA BILA KAWAN KAWAN YANG SELALU TEMAN AKU STUDY , SELALU TEMAN PERGI MAKAN , SELALU TEMAN MANDI , SELALU JAGA MASA SAKIT DAN SEBAGAINYA ; BERJAYA TAPI AKU GAGAL !!

Gagal . Boleh paham tak ? Korang tak paham sebab korang berjaya.
Korang tak paham sebab korang bukan repeater.
Ye , aku repeater. Why ? Problem ?

Tujuan aku bekerja pun sebab aku nak rendahkan diri dan ingatkan diri aku bahawa aku ni manusia hina kerana BONGKAK DAN BONGOK semasa jadi pelajar undang-undang dulu.

Eh tolonglah ! Dapat masuk sambung English pun aku dah bersyukur Alhamdulillah laa. . .  tak payah nak gagalkan anak orang. . . .

Tadi aku betul - betul tak dapat kontrol emosi aku. Sibuk saudara aku datang nak jadi saksi kejayaan aku tapi sedarkah anda bahawa anda menjadi saksi keGAGALan saya ? Sekian terima kasih. Boleh la balik bagitau semua saudara mara yang Tasya gagal.
Ye , Tasya suka. Silakan~

Sebelum aku bentak-bentak dan naik darah , aku terus masuk dalam bilik dan bukak laptop.
Sebak kau tau tak ?
Nyaris-nyaris saudara aku nampak result UPU kat komputer tadi. Sebab taknak maki dia la aku terus masuk dalam bilik.
Elok je abah masuk dalam bilik , dia terus cakap " Along berjaya ke , along gagal ke , along tetap anak abah."
Lagi la hebat aku menangis.
Luluh hati aku.
Kesian mama dengan abah.

Takpelah kalau Allah nak uji aku macam ni . . .  mungkin ada yang lebih baik atau mungkin ni pengajaran sebab terlalu bongkak.
Maafkan along , mama. Maafkan along , abah.

No comments:

Post a Comment