Monday, May 7, 2012

Apa kata. . . .dan saya kata. . . .

Di sini, saya sebagai rakyat Malaysia ingin memberi cadangan yang bernas dan mungkin disukai oleh semua orang~

 Apa kata dalam tempoh 5 tahun, kita tamatkan perkhidmatan PDRM dan semua police department~ kita tengok macam mana rakyat Malaysia nak survive dengan ketiadaan orang-orang yang bertungkus lumus menjaga keamanan negara kita selama ni.
Bila ada pencuri masuk rumah, kita biarkan ahli rukun tetangga yang uruskan.
Bila ada rompakan bersenjata di bank, kita biarkan accountants yang comel dan macho uruskan mereka.
Bila ada kerosakan trafik, kita biarkan pemandu jalanraya yang menentukan jalan mereka.

Apa kata dalam tempoh 5 tahun, kita beri parti-parti lain menguasai pentadibiran. Kita tengok kehebatan mereka memimpin dan mengubah yang tersurat.
Siapa kata parti-parti itu semua tak hebat? Kalau tak hebat, mereka tak akan jadi ahli politikus. Mungkin mereka akan jadi kerani atau jurutera TNB. Siapa yang tahu~?
Dalam tempoh 5 tahun, pastikan TIADA SATU PUN KORUPSI yang berlaku. Terima kasih.
Dalam tempoh 5 tahun, pastikan rakyat mendapat KEADILAN SEPENUHNYA. Terima kasih.
Kalau kerani dapat elaun RM3000, orang miskin pun kena dapat RM3000 dan orang sederhana kaya pun dapat RM3000. Barulah adil dan saksama~ well, if you know what I mean.

Apa kata dalam tempoh 5 tahun, kita tamatkan cukai yang dikatakan menyusahkan rakyat.
Makan kat McD, KFC, tak payah bayar cukai. Biar kerajaan tak ada duit untuk buat BR1M yang diminta-minta dan ditagih-tagih oleh semua orang.
Lalu tol highway tak payah bayar cukai. Buat jammed jer! Biar jalanraya tu semua berlubang, berlopak sebab kerajaan tak ada duit cukai untuk baikpulih jalan.

Apa kata dalam tempoh 5 tahun, kita ikut jer cakap rakyat. Kita habiskan semuanya untuk benda tak berfaedah.
Rakyat nak pendidikan percuma! Okay~ bagi pelajar peluang untuk belajar!
Pelajar pun belajarlah dengan mudah sambil berkata " Ahh~ lantaklah aku nak belajar ke taknak. Bukan mak bapak aku kena biayai pengajian aku. Aku dapat belajar pun secara free. Lepas ni nak amik course AnD pulak. Alaa~ free je bai !"
Hmm. . . .menarik.
Lantas kita melahirkan golongan muda yang TAK RETI BERUSAHA dan TAK TAHU ERTI SUSAH MENCARI DUIT.
Rakyat nak mengundi secara adil! Apa kata bagi saya jer yang handle cabut undi tu? Saya adil what :P

Apa kata dalam tempoh 5 tahun, kita lihat implikasi.
 Kita lihat pro dan kontra.
Kita lihat dan lihat dan lihat!
Apakah janji dan perjuangan dahulu setanding dengan yang semasanya?
Kita lihat. . . . .

__________________________________________________________

Inilah yang bermain di fikiran saya hampir saban hari.

Pada pendapat saya, kenapa kita nak sibuk dalam urusan mereka?
Nak cakap pasal keadilan, kita ni adil sangat ke??
Nak kata kerajaan merasuah, kita sedar tak yang kadangkala tindak-tanduk kita pun ada unsur rasuah?
Nak kerajaan macam Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah (Maaf, ini apa yang saya dengar daripada pakcik-pakcik kedai kopi)

Tolong bukak balik buku sejarah dan teliti dalam senarai pemerintah kerajaan Bani Abbasiyah, BERAPA NAMA yang disebut sebagai pemimpin terunggul dan dikenang rakyat???
Satu nama : Harun Al-Rasyid
Dan puteranya : Abdullah Al-Makmun


Semua orang bercakap tentang niat Bersih 3.0
Nak tanya satu je. . . .kenapa tindakan tidak selari dengan niat?
Macam buat konsert amal. Namanya konsert amal tapi dalam konsert tu ada nyanyian rock, pop. . . .benda yang ternyata melalaikan tapi tetap namanya konsert amal.
Pendek kata, niat tidak menghalalkan cara.
Ikut agama, konsert atau benda-benda yang melalaikan ni haram tau.
Tapi saya malas nak cakap banyak sebab saya suka blogging dan blogging ni pun boleh jadi melalaikan. . . 

Kesilapan rakyat Malaysia cuma satu saja : Pemikiran kritis

Unable to think further. Unable to think about pro and cons. Unable to think the implication of an action. 

Yang kita tahu cuma menyalahkan orang lain.
Kita tak ada inisiatif untuk menunjukkan yang mana satu baik dan mana satu buruk.

Bila kerajaan menapis siaran, kita kata kerajaan takut, kecut.
Sedar tak anda bahawa negara Malaysia sekarang dicap sebagai salah satu negara yang tidak selamat untuk diduduki dan dikunjungi?
Akibatnya, sektor pelancongan kita akan merudum. Bila sektor pelancongan merudum, industri perhotelan akan mengalami kerugian lantas kempen Cuti-Cuti Malaysia akan menjadi tarikan dalam kalangan rakyat Malaysia. (Yelah, dah takde pelancong nak mai. Hang nak cakap apa lagi??)
Dan pada masa itu, ramai pekerja hotel, chalet dan resort akan berhenti bekerja. Secara tak langsung, kita akan mengalami kenaikan kadar penganggur dalam jangkamasa yang ringkas. (UE)
Bukan itu je, Malaysia dianggap dah tak selamat. Kadar jenayah mestilah sedang meningkat. Pentadbiran dikatakan kucar-kacir. Maka, jangan terkejut kalau tengok banyak kes penyeludupan dadah dan import eksport haram berlaku.
Kongsi gelap ni akan mencari kawasan yang sesuai untuk menunaskan perniagaan mereka. It's business. And you should know the method.

Berfikir jauhlah, rakyat Malaysia~
janganlah dengar cerita satu pihak. Dengarlah kedua-duanya. Kajilah. Tak rugi apa pun. Untung lagi dapat paham macam mana politik negara kita berfungsi~

"Asalkan Malaysia ni aman damai, saya sudah cukup bersyukur."


*Post kali ni merupakan permintaan rakan-rakan saya yang sudah meluat dengan isu ini semua. Sekadar luahan hati kami. Sekian. . . .*