Wednesday, March 21, 2012

Sweet + Bitter = AdorableWednesday :D

Konnichiwa~~~~~ :D

Hari ni banyak benda berlaku~ well, banyak sangat sampai saya rasa best jugak kalau share :)

First of all , hari ni best sebab berakhir sudah paper Social Psychology~~~ bayangkan 3 hari berderet paper kene ambik, lepas tu masa belajar tak payah cakap la. Memang timid giler!

(Tu laa...time study week sibuk main game...bila dah exam, nganga dalam dewan)

Perggghhhh demam hari tu tak sembuh lagi tau!
Dalam dewan sejuk + besar tu, SAYA la yang batuk paling kuatt !!
Siap nak termuntah segala bagai~!!

Tapi itulah~ study SocPsy malam semalam memang best la~ masa belajar SocPsy sangat kurang. Jadual semester akhir ni tak strategik =='
So memang kelam kabut banyak la~
Antara jawapan yang buat saya gelak , macam ni la bunyinya~

'In this situation, A likes B. When B has trouble, A will help B. Everytime B face obstacles, A will lend a hand. This is how the fact begin.'

'Kelley's theory is more difficult to understand than Jones and Davis's theory.'

(Terbaekk! *thumbs up*)

Okay tu , tu sumer tak penting. Dah lepas dah~

Malam tu pulak buat celebration belated birthday mummy Ina~~~ <3 br=""> Asalnya nak buat lepas habis final tapi....takut lupa so buat sekarang~

Nak jadikan cerita.....ni BANYAK LA CERITANYA !!!

*isusensitif isusensitif*

Kitorang plan nak buat surprise. So Bie and Ateh pegi keluar awal, cari kek. Since saya dah spoil pegi wish awal awal, so kene buat gedik la kononnya nak dinner sama sama ngan mummy~ rindu la katakan :)

Saya and mummy tunggu la dekat bus stop kolej kitorang. Tunggu punya tunggu punya tunggu.....satu kelibat bas pun takde.
Kitorang memang dah informed pasal event malam ni , tapi tak sangka pulak boleh bawak bahana macam tu sekali.
Geramnyerrr!!!
Sejam weih tunggu kat bus stop !! Kalau stranded kat McD takpe lagi ! Pendek kate, boleh lagi nak refill air, nak kunyah french fries~ ni kat bus stop. Sedut monoksida boleh la kot =='

Masa tu dah tak kira perempuan ke, rakyat ke, kalau dah menyusahkan ramai pihak (Weih...YDPA pun tak menyusahkan macam ni laa.....)
Prosedur keselamatan dia.....MasyaAllah ketat sungguh!
Taktau la sapa yang intend nak tembak orang dalam kolej but anything can happens right?

Tak habis habis dengan 20 minit tutup , 5 minit gerak , sejam kat situ !
Paling best masing masing dah nak give up. Saya tak payah cakap la , memang dah baran kat situ !
Orang besar tak besar ! Kalau tak reti nak hormat masa , pedulik hapa aku !!

Call teksi , pak cik tu kata jammed teruk kat roundabout.
Hamboih...kau ni YDPA ke ape???
Agak kasar bahasaku tapi itulah....kene tunggu sejam dan akhirnya, kitorang di-inform tak ada satu bas Rapid pun!!
Bak kata mummy , nampak la permainannya di situ.

Masa tu semua teksi yang lalu semua kitorang rembat. Bila orang besar tu lalu, ada yang menyampah, ada yang WAH WAH WAH <3 ada="" berdiri="" br="" gambar="" tangkap="" tegak.="" yang=""> Saya?
Duduk, pandang sinis , "Cepat la drive tu! Nak lambai lambai apanya?!? SEJAM KAT SINI BUKAN NAK TUNGGU KAU LAAA!!!"

Okay la , da dapat naik teksi , teksi tu brutal la pulak.
Eh , bukan tukar jadi Transformer eah! Pakcik tu yang brutal?

(Dia buat apa je kat kau ?!?)

Bukan la...pak cik tu tak buat ape je kat saya...
Cuma...terkejut la jugak bila pakcik tu tetibe maki ex-passenger dia tu.
Padahal sama bangsa pun =='
Dapat la sebijik 'bastard' dan 'bloody shit'.
I was like O______O;;

Rasa macam nak turun pastu jalan kaki je pegi McD.
Memang kitorang dua dah terkelu lidah time tu!
Tak mampu nak lawan cakap walaupun tambang teksi dinaikkan!
Mad fellow , bak kata Sir Alfred ;P

AKhirnya, sampai jugak kat McD.

Lepas nyanyi nyanyi , picture picture dan suap suap , kitorang mula share cerita~ alaaa macam selalu buat dalam bilik dulu :)
Masing masing dah ada buah hati~~~ aww <3 br="">
Tapi saya banyak diam. Mungkin sebab penat. Mungkin marah. Mungkin sedih~ entah la tapi yang penting saya lapar sangat time tu XD

Pastu dah habis celebration, kitorang pun jalan kaki.....melintasi bas-bas daripada universiti lain yang datang event penting + mulia tu.
Nak jadikan cerita pelik ni jadi best , kitorang perasan takde satu pun bas rapidKl kat situ ~.~

So kitorang buat keputusan untuk balik jalan kaki....

Ingatkan 4 orang je. Rupa - rupanya akak akak degree join sekali~ best siott!!
Pastu gaduh pulak saya dengan Bie pasal jalan. Haish~ gaduh gaduh sampai jugak~ tapi saya memang dah biasa cari gaduh dengan Bie :)
Since bilik lama lagi kot kitorang memang macam magnet N + N.

Pastu mula kitorang lintas jalan macam anak ayam (Comel je ((: ) dan tangkap gambar ramai ramai.
Tak sangka pulak dorang sampai menyampah tengok banner tu.
Okay , saya pun =='

Paling tak boleh blah , bayangkan betapa jauhnya main entrance tu dengan kolej kediaman kitorang.....lintas roundabout , naik bukit , turun bukit , lencong lencong , belok kiri , belok kanan , baru sampai =='

Kerja gila ? Tidak untuk Iron Ladies :P

Bayangkan betapa sakit hati bila Pajero lalu tak berenti , bas U mana ntah lalu tak berenti.
Dorang hon dan dorang jalan.
Baling batu kat cermin belakang kau baru tau ==*

Time semua tengah pasrah nak naik bukit yang tinggi dan gelap tu, ada la sebuah bas berhenti.
Bas UTHM aka Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
I repeat, bas UTHM aka Universiti Tun Hussein Onn Malaysia !!

YA ALLAHHH!!! Time tu kitorang bersorak gembira sangat and pakcik tu punya la baik hati bagi kitorang tumpang! Sayang pakcik! Semoga Allah merahmati hidup pakcik dan keluargaaa!! Aminn!

Merasa la jugak bas universiti lain~~~dalam bas tu kitorang bonding lagi dengan akak akak degree tu semua~ cute giler kitorangg!!

Paling tak leh blah, mase turun tu tangkap gambar dengan bas tu~ memang terbaekk laa XD

Then bila dah nak sampai bilik , masing masing dah start penat~ and balik bilik masing masing :)

Sekarang di sini la saya~ menaip sambil tunggu mesin tu proses baju~~ ngantok dah ni~ papai

No comments:

Post a Comment