Thursday, February 16, 2012

Apabila law students berpantun. . . .

Hi ! Tasya's here !

This event has begin around. . . .3 weeks after we checked in for the final semester.
We were bidan terjun~ didn't plan and didn't know HOW TO BERPANTUN.
Instead of trying to understand and learn how to berpantun, we choose to ESCAPE.
Yes~~~ we try our very best to get out from there.

But.. . . . yeah~ this is how we create our pantun with Degree-ians~

Kami ini budak asasi
Nak berpantun tak belajar lagi
Apa nak buat dah nasib diri
Terimalah dengan hati yang suci

Cinta Muka Buku Najwa Latiff yang punya,
Putus di Twitter sambungannya,
Kalau saudari bijaksana
Jenayah siber apakah yang melibatkan remaja?

Tak percaya tapi ini yang terjadi
Pertandingan pantun tak pernah disertai
Apa nak buat terimalah dengan sepenuh hati
Apa lagi marilah kita berjual beli

Pada zaman dahulukala
Alam siber belum berleluasa
Bila berlakunya globalisasi dunia
Bagaimanakah alam siber menguasai remaja?

Bunga tumbuh di tepi batu,
Tumbuh mekar dibubuh baja,
Kerja online ada di situ
Menjana duit senang sahaja

Anak kecil ke Pusat Sumber
Tempat ilmu penuh maklumat
Apa lagi kegunaan siber
Tentulah untuk mencari maklumat

Remaja dapat jana Negara
Asyik melayan alam maya
Bukannya remaja membuang masa
Hanya mencari maklumat sahaya

Anak Cina matanya sepet
Cantik bersanggul corak cengkerang
Pentingkah material bernama iPad?
Masa terbuang terleka seorang

Dunia siber dunia tanpa sempadan
Itulah yang sering disama ertikan
Tahukah wahai hadirin sekalian
Maksud dunia tanpa sempadan?

Percaya Padaku Ungu yang punya
Indah Melodi juga miliknya
Solusi masalahnya senang sahaja
Cukuplah sekadar berpada-pada

Duduk santai di pohon kelapa
Laman sosial ditatap dibuka
Gambar diubah pelbagai cara
Jenayah siber apa solusinya?

Jalan kaki ke Pekan Lama
Rasa bosan naiklah beca
Kalau tuan orang bijaksana
Material iPhone siapa yang cipta?

Belayar jauh sang kelasi
Berlabuh sauh menyembah diri
Dunia siber bukanlah fantasi
Mampu dikecapi di hujung jari

Tumbuh melata di pokok sena,
Bunga kenanga cantik rupanya,
Tanpa elektrik tiadalah guna
Tahukah kita siapa penciptanya?

Bersiar - siar di Padang Kota
Berjalan sambil berpuasa
Akta Jenayah Siber juga dicipta
Seiring dengan keadaan semasa

Toleh ke kanan toleh ke kiri
Gusarnya diri resahnya hati
Tiadalah guna banggakan diri
Siber juga mencabar integriti


The final round motion will be Suara Mahasiswa Dalam Pendidikan but we were failed to reach the semi final. Only manage to counter final. But still, I've prepared the pantun just in case IF we manage to beat them :D


Mahasiswa dan pendidikan sukar dipisahkan
Ibarat kuku dan kulit
Andainya ilmu diasah-asahkan,
Nescaya cantiklah kuku sepadanlah kuli

Suara mahasiswa dalam pendidikan
Suara kami dalam pantunan
Tahukah kalian apakah peranan
Menjadi mahasiswa yang jayanya dikenang.



TADAAA !!! BIG PRESENT FOR THE LAST WINNER !!!! XDXDXD


Thanks to them for being such a supportive team~ and I can't forget how embarassing we were and we were trying to run away from there XD


Hihihi~~ notice from akak degree :P
Sorry for took too long to retrieve our present~ >.<''

No comments:

Post a Comment