Tuesday, February 28, 2012

Allah SWT Menguji Kita Kerana Dia Tahu....

Allah meguji hamba-Nya kerana Dia tahu keupayaan hamba-Nya

Bacalah.

Ambil iktibar.

Kita cepat mengeluh. Selalu. Dan kita kerap terleka. Terus terlupa.

Andai kita melihat semua masalah kita sebagai ujian Allah SWT dan kita berpegang dengan ayat 286 Surah Al-Baqarah "Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…" , nescaya kita mampu tersenyum menghadapi masalah kita.

Cuba baca hadis Rasulullah SAW , Riwayat Tirmizi

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.”

Sebenarnya , kita patut berbangga dengan diri kita kerana diuji oleh Allah SWT. Malah tahap agama kita juga diuji. Secara tak langsung, kita dapat tingkatkan amal ibadah kita. Tingkatkan keimanan kita. Tingkatkan ilmu pengetahuan kita.

Kerana Allah SWT tahu, hamba-Nya boleh mengatasi masalah ini. InsyaAllah, dengan ilmu di dada , iman di hati , Allah SWT tahu. Kerana Allah itu Maha Mengetahui.

Di saat kita diuji, memang tidak dinafikan kita akan bermulut celupar.

Hal ini kerana ia berpunca daripada sifat marah, dendam dan tidak puas hati.

Ya , saya pernah mengalami. Saya pernah memaki dan akhirnya, saya menyesal. Terlambat sudah. Dan ada yang saya tidak pernah menyesal. Kerana daripada ujian Allah SWT, saya tahu erti persahabatan dan saya tahu bagaimana memilih kawan. Matangnya saya kerana ujian Allah SWT.

Tidakkah anda semua gembira untuk melangkah kaki ke tahap yang lebih tinggi? Darjat yang lebih tinggi?

Ia seperti....melangkah daripada SMK ke MRSM seterusnya ke Matriks dan Diploma dan Ijazah dan begitulah seterusnya.

Kata ustaz , darjat manusia dinilai mengikut ilmu. Dan pengiraan ilmu bukan mengikut diploma, degree, PhD kite~ ia dikira mengikut ujian yang Allah SWT bagi.
Bagaimana kita hadapi dan bagaimana kita selesaikannya. Apakah iktibar yang kita perolehi?

Bila baca artikel ni, terbuka hati untuk senyum.
Allah SWT baru uji saya dengan manusia2 yang tidak jujur dalam pergaulan. Belum lagi yang dahsyat2.
Tapi mintak2 simpang! Nauzubillah!

Sayang lagi mak ayah... Sayang lagi keluarga.... sayang lagi saudara mara.... sayang lagi diri ini....

No comments:

Post a Comment