Tuesday, June 1, 2010

Kepentingan Program Pertukaran Pelajar

     Program pertukaran pelajar ialah program yang memerlukan penghantaran pelajar yang terpilih ke luar negara yang mereka minati serta menerima pelajar dari luar negara ke sekolah kita. Program pertukaran pelajar bukan sahaja popular di universiti malah di peringkat sekolah juga. Ia merupakan tarikan terkini dalam dunia pendidikan yang juga menjana keuntungan dalam sector pelancongan. Sejajar dengan zaman atom, pelajar diberi kebenaran untuk meninjau dunia orang luar yang hanya dapat dilihat melalu gambaran abstrak dan konkrit. Program pertukaran pelajar juga membuang frasa ‘bagai rusa masuk kampung’ dari mata orang asing kerana acapkali rakyat Malaysia pergi ke luar negara buat pertama kalinya, mereka tertekan dengan perbezaan budaya dan kepitihan iamn lantas terjadilah fenomena kejutan budaya. Sekaligus program pertukaran pelajar membantu individu tersebut membiasakan diri di bumi orang asing.


     Pepatah ‘Biar mati anak jangan mati adat’ ini membenarkan kenyataan bahawa tradisi lebih penting untuk diutamakan kerana ia diamalkan sejak berkurun lama dahulu. Program pertukaran pelajar yang biasa berlangsung selama dua minggu bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar mempelajari tradisi di negara orang malah mereka juga boleh mempelajari tradisi di Negara kita. Misalnya Negara Jepu yang terkenal dengan tradisi dan teknologi yang jauh lebih maju berbanding Amerika Syarikat. Dalam ketaksuban kita mempelajari permainan bunga tenis, Jan-Ken-Po (Gunting-Batu-Kain) dan lagu-lagu tradisional mereka seperti Kagome Kagome, Maru Take Ebisu dan Fuyuhime-sama, mereka juga tertarik dengan keunikan dan keenakan kuih-muih tradisional Negara kita seperti kuih kosui, buah Melaka dan kuih sagu. Mereka juga kagum dengan pakaian tradisional Melayu iaitu baju kurung kerana ia kelihatan seakan-akan kimono, yang juga mengehadkan pergerakan mereka.Pertukaran pelajar bukan sahaja bermaksud bertukar konsep pelajaran tetapi juga bertukar informasi dan pandangan tentang negara mereka.


      Selain itu, pelajar juga dapat mempelajari budaya luar negara. Setiap negara mempunyai budaya mereka yang tersendiri seperti Malaysia yang terkenal dengan adat seperti memakan sirih dan pelbagai lagi serta tarian pelbagai kaum seperti tarian ngajat, zapin dan pelbagai lagi. Negara luar menganggap Malaysia sebagai negara yang unik kerana kepelbagaian kaum yang tinggal di bawah langit biru yang sama dan berdiri di atas bumi yang sama. Kesatuan unik ini menarik perhatian negara luar untuk memerhati, mempelajari dan menikmati adat dan budaya negara Malaysia. Negara luar seperti Sepanyol juga terkenal dengan satu adat mereka iaitu Hari Tomato, serta Moscow yang terkenal dengan budaya berunsur keberanian iaitu Rodeo Ride. Pelajar yang berpeluang ke negara luar dapat berkongsi pengalaman mereka dengan rakan-rakan yang tidak berpeluang melihat sendiri dengan mata mereka.


      Tambahan pula, pelajar dapat mempelajari sejarah di negara yang terlibat seperti Sejarah Kemerdekaan, Sejarah Penubuhan dna Sejarah Keluarga di-Raja. Misalnya negara Rusia yang terkenal dengan pemerintahan Raja Tsar yang akhirnya jatuh akibat pemberontakan. Tragedi itu juga menjadi inspirasi untuk membikin sebuah cerita kartun terkenal iaitu Anastasia. Gadis berdarah di-Raja Rusia ini dikatakan hilang semasa pemberontakan dan pembunuhan keluarganya dan dipercayai masih hidup. Pelajar yang berpeluang ke Paris dapat melihat peninggalan Raja Tsar dengan lebih spesifik serta monument seperti istana Rumanov. Kepada peminat Raja Napoloean, pemerintah negara Perancis yang terkenal dengan kependekan tingginya dan ketinggian egonya boleh mengekori program pertukaran pelajar untuk melihat sendiri tinggalan sejarah negara tersebut dan memupuk minat terhadap dunia sejarah.


      Di samping itu, pelajar juga boleh mempelajari bahasa negara yang mereka minati serta mempraktikkan dengan rakyat di negara tersebut. Misalnya, bahasa Jepun yang boleh dipelajari melalui anime (Kartun Jepun), Dorama (Drama Jepun) dan kamus-kamus bahasa Jepun. Tetapi kita tidak boleh mempraktikkanya kerana majoriti rakyat Malaysia yang mempelajari bahasa Melayu dan Inggeris dan hanya segelintir sahaja yang mempelajari bahasa Jepun. Malah terdapat segelintir rakyat Malaysia yang berfikiran tertutup tentang hal ini kerana menganggap ia bahasa penjajah. Oleh itu, program pertukaran pelajar dapat membantu pelajar memenuhi hasrat mereka dan mempraktikkan bahasa yang mereka pelajari.


      Lebih daripada itu, program pertukaran pelajar turut mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dan negara yang terlibat. Justeru, penerapan slogan ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ dalam diri para pelajar yang terpilih amat penting supaya kedatangan mereka ke negara asing tidak menimbulkan prasangka buruk terhadap sosio-ekonomi negara Malaysia. Malah negara yang terlibat dengan program pertukaran pelajar turut mendidik para pelajar untuk menghormati adat dan budaya negara Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. Hubungan diplomatik yang erat juga membantu dalam pembangunan ekonomi negara.


       Zaman berganti zaman. Daripada Zaman Paleolitik yang jahil tentang penciptaan peralatan seterusnya berkembang menjadi Zaman Neolitik ke Zaman Logam dan kini zaman atom iaitu zaman kemajuan sains dan teknologi. Di negara luar, pelajar akan diperkenal dengan alatan teknologi yang lebih hebat seperti robot pelayan di Jepun dan robot trafik di Amerika Syarikat. Sesungguhnya pelajar akan kagum dengan ciptaan yang tidak boleh didapati di negara Malaysia lantas ingin mempelajari dan mengetahui cara untuk menghasilkan alatan teknologi yang canggih. Justeru, pelajar dapat mebuka minda mengenai dunia teknologi dan berupaya menghasilkan produk yang jauh lebih hebat berbanding negara luas. Begitu juga dengan pelajar luar negara yang memberi komen dan pandangan tentang produk teknologi Malaysia agar kualiti semakin meningkat.

       Secara tuntasnya, program pertukaran pelajar terbukti mampu membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara. Ia bukan sahaja bertujuan untuk memperkenalkan negara kita tetapi juga membangunkan negara kita daripada pelbagai aspek. Oleh itu, kita haruslah menjadi pelajar yang boleh membiasakan diri di negara orang mahupun negara sendiri seperti masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.

(850pp)

14 comments:

  1. Mintak copy yaa . Btw thanks sesangatttt :D

    ReplyDelete
  2. thanks :) wish me luck for spm esok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course :D
      Baca selawat banyak2 dan jangan panik tau~!

      Delete
  3. 2013 yeah!!
    Doakan kami berjaya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. :)

      Semoga adik dapat jawab soalan dengan tenang~

      Delete
  4. Doakan kami nehh..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! akak doakan semua adik2 , junior akak berjaya :D

      Delete
  5. Replies
    1. Hmm~ dulu peminat anime tegar gak~ sekarang ni dah kene kurangkan demi menjana kehidupan yang lebih bermakna ;)

      Delete
  6. mcm mana nak terpilih dalam pertukaran pelajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai adik~!
      Maaf lambat balas. Akak agak sibuk kebelakangan ni :)

      Btw, selalunya IPT akan menyediakan satu program transfer student so adik boleh tanya HEP di IPT adik~
      Kalau adik masih bersekolah, adik boleh tanya cikgu tentang program pertukaran pelajar sebab hanya sesetengah sekolah je yang buat program begini.
      Selain itu, adik boleh check kat iSep untuk sebarang program exchange student. Ni satu lagi, akak pun dalam proses memohon menjadi pelajar pertukaran secara persendirian ke Cambridgde University. Masih dalam proses jadi tak boleh nak terangkan secara terperinci.
      Paham ke?

      Delete
  7. As salam.. boleh saya ambil isi karangan ni?? 3/11/2014 dah nak spm.. so mcm persediaan lah ni.. doakan saya berjaya dalam spm ye..terima kasih..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... boleh :)
      Akak doakan yang terbaik untuk semua adik2 akak~ hidayah pun jangan lupa untuk berusaha dan tawakkal~! Dan jangan tinggal solat :)
      Tu intipati untuk berjaya.

      Delete