Saturday, June 6, 2009

Yang Terbaik. . . .

Jari jemarinya ligat menaip sesuatu di komputer. Matanya tajam memandang kea rah skrin komputer riba. Rambutnya yang ikal dibiarkan lepas. Setelah penat menaip, Asya duduk diam dan membaca apa yang ditaipnya tadi. Kemudian, Asya menutup computer ribanya dan menangis. Tanpa disedarinya, Puan Imah dan Encik Mat memerhatikan gerak geri anak mereka melalui celahan pintu yang sedikit terbuka.

“ Sudah 2 bulan Asya mengalami kemurungan. Dia tak cerita apa – apa pada abang? “ tanya Puan Imah. Riak wajahnya menunjukkan seribu kerisauan. Encik Mat sekadar menggeleng. Dia tidak sanggup melihat anaknya menderita sebegitu rupa. Namun biarlah masa berlalu kerana hanya Asya yang tahu masa yang sesuai untuk meluahkan isi hatinya pada ibu bapanya.

Esoknya, Asya berjalan kaki pulang dari sekolah. Encik Mat memerhatikan anaknya dari jauh. “ Pelik…. Bukankah dia selalu pulang ke rumah dengan Nur? “ bisik Encik Mat. Asya berhenti melangkah dan melaung “ Sudahlah ayah! Asya tahu ayah ada di sini. “ Encik Mat berputus asa. Asya memang sensitif. Dalam kereta, Encik Mat mengajak Asya ke Kuala Lumpur untuk menemaninya ke tempat kerja. Asya sekadar mengangguk.

Pada waktu petang, mereka mengambil Puan Imah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Mereka merancang untuk makan di Restoran Gembira. Semasa makan, ibu bapanya berbual sambil memerhatikan reaksi Asya. Tiba – tiba Asya meletakkan sudu dan garpu.

“ Ibu, Ayah, apa perasaan ibu dan ayah sekiranya kehilangan orang yang paling disayangi? “

Puan Imah dan Encik Mat terdiam. Zam dan Korie yang sedang menjamu selera memandang tepat ke arah Asya.

“ Apa yang ibu dan ayah lakukan jika dikhianati? “ Air matanya mula mengalir. Puan Imah memeluk Asya. Asya menceritakan hal yang berlaku pada dirinya.

Dua bulan lepas, Asya dituduh menipu dalam penandaan jawapan peperiksaan dan guru itu memarahinya malah menghinanya. Semenjak itu, rakan – rakannya mula menjauhinya termasuk Nur, sahabat sejati Asya. Keadaan bertambah buruk dengan tekanan PMR dan ditinggalkan teman lelaki. Asya cuba memperbaiki keadaan tetapi Nur semakin menjauhinya. Asya terseksa dengan janji Nur dan kenangan mereka bersama. Asya juga mengalami trauma 2 tahun lepas.

Asya terus menangis. Puan Imah dan Encik Mat tidak putus – putus memberi kata – kata semangat padanya. Pelanggan - pelanggan restoran memandang mereka dengan penuh tanda tanya. “ Kalau Nur betul – betul sayang Asya, kenapa dia buat Asya begini? “ keluh Asya. Zam dan Korie diam mendengar luahan Asya.

Malam itu, Asya mengalami demam panas. Bagai satu sumpahan, jika Asya menangis, dia akan mengalami demam panas. Asya kerap mengatakan dia ingin memutar kembali waktu lalu untuk mengubah keadaan. Suhu badannya amat panas dan Asya asyik meracau perkara yang sama.

“ Tragedi yang sama berulang. Cikgu yang merosakkan persahabatan. Asya benci kenangan itu! Andainya masa boleh diputar kembali…. “

Puan Imah menangis apabila mendengar kata – kata Asya. Asya benar – benar menderita 2 tahun lalu sehingga setahun tidak bersuara. Oh Tuhan…lindungilah anakku! Terangilah hatinya dengan hidayah-Mu dan ampunilah dosa anakku.

Sesungguhnya doa ibu ialah doa yang termakbul.

Asya terjaga pada esok paginya. Dia dapati komputer ribanya terbuka dan ada sesuatu bertaip di skrin. Asya bangun dan membacanya. Ibunya yang menaip khas untuknya. Asya menangis selepas selesai membacanya. Hanya sebahagian ayat yang melekat di hatinya iaitu..

“….yang paling penting, jadilah diri sendiri. Cinta bukan untuk kekasih saja. Cinta untuk semua…..untuk Allah SWT, untuk ibu dan ayah, untuk Asya, untuk Rasulullah SAW…. Ingat, bukan satu sahaja cahaya (Nur) di dunia ini tetapi ramai lagi yang boleh menggantikan cahaya itu. “

Ya….meskipun Nur benci aku, aku masih mempunyai sahabat karib iaitu ibu dan ayah. Asya tersenyum. Senyumannya ikhlas dan suci. Dia akan memastikan tragedi 2 tahun lalu tidak menghantuinya lagi. Biarlah perkara itu berlalu, yang penting kita belajar daripada kesilapan.

‘ Terima kasih ayah dan ibu kerana membantu Asya. ‘ Cahaya pagi terasa nyaman sekali. Sudah tiba masanya untuk memulakan hari yang baru…tanpa Nur di sisi!
________________________________________________________

Hahaha~ ni la cerpen ciptaan sendiri yang dapat 'Terbaik'.
Well , it is based on true story.