Monday, January 26, 2009

Cello Terpilu : Epilog : Kanashimi no Cello


Epilog : Destiny

   Matsuyama – san menghembus asap rokok. Berkepul – kepul asap itu keluar dari mulutnya. Dia duduk menghadap laut di Taman Hakari. Sesekali dia terbatuk apabila bayu laut meniup kembali asap rokok ke mukanya. Suasana itu membuatkan dia teringat akan perbualan terakhir dia dengan Ryo.

   “ Kenapa kau tidak muncul di auditorium tadi? “

   Ryo memandang tuan empunya suara. Hideki dan Matsuyama sedang berdiri di sebelahnya. Hideki menyerahkan tin minuman kegemaran Ryo kepada Ryo dan berdiri menghadap laut. Matsuyama duduk di sebelah Ryo sambil menyalakan rokok. Ryo segera merampas rokok itu dan memadamnya.

   “ Hei, apa yang kamu lakukan? “ marah Matsuyama.

  Ryo meneguk air tin minuman dan selamba menjawab “ Selamatkan kamu daripada pembunuh senyap. “

  Matsuyama tidak mampu mengawal kemarahannya dan mencekak leher Ryo. Tin minuman di tangan Ryo terjatuh. Badannya terangkat sedikit.

   “ Kenapa kamu tidak selamatkan anak perempuan kamu yang dalam kesusahan? Kenapa kamu tidak selamatkan anak lelaki kamu daripada melihat adiknya terseksa? Apa yang kamu fikirkan? “ tengking Matsuyama.

   Hideki membiarkan saja Matsuyama melempias amarahnya pada Ryo.

   “ Kalau kamu boleh menyelamatkan aku, kenapa kamu tidak menyelamatkan anak – anak kandung kamu sendiri? “ Suara Matsuyama tersekat kerana menahan sebak.

   Dia melepaskan cengkamannya. Ryo jatuh terduduk. Matsuyama kembali duduk di atas kerusi batu dan menekup mukanya. Hideki masih memerhatikan laut.

   “ Saya tiada mampu untuk menyelamatkan dia. Segala dokumen telah dihapuskan. Saya kehilangan pekerjaan. Selalu tidur di dalam kafe. Makan minum tidak menentu. Awak hendak saya biarkan anak – anak saya melalui semua itu? Tidak. Saya tidak akan benarkan. “

  Ryo bangun. Menyapu habuk di seluarnya.

  “ Biar Eri jaga dia. Sekurang – kurangnya dia ada tempat tinggal yang tetap. Makan minum terjaga. Semua kemudahan ada. Apa yang perlu ialah usaha dan keyakinan untuk terus hidup. “

   Matsuyama dan Hideki menyedari kebenaran di sebalik kata – kata Ryo.

  “ Walaupun kami berjauhan tetapi saya selalu nampak dan memerhatikan mereka setiap hari. 
Dengan itu saya tahu bahawa mereka masih hidup dan masih berjuang dengan kebenaran hidup. “

   Kemudian Ryo berlalu pergi dari situ. Meninggalkan Matsuyama dan Hideki dalam keadaan menyesal.

   Itulah kali terakhir dia melihat Ryo sebelum dia sendiri melihat kematian Ryo 3 tahun selepas itu.

   Matsuyama mengeluh. Dia mencampak puntung rokok yang masih berapi dan memijaknya. Jari – jemarinya menggaru kepala yang tidak gatal.

    Kakinya melangkah ke belakang kerusi batu dan mengantikan bunga segar dalam bekas botol. Kemudian dia berdoa sebelum berlalu pergi dari situ. Bunga jenis carnation dibiarkan dalam bekas sebagai tanda peringatan dan penghargaan.

“ Selo terpilu itu akan terus bersuara selagi ia mengenal tuannya. “

No comments:

Post a Comment